Setelah perbincangan sekian lama di wassap dan fb, akhirnya tibalah hari yang dinanti iaitu family gathering Hajah Mastura, Majlis tahlil, doa selamat persaraan my BIL, sambutan besday gegurl dan boboi Mac dan April.
Majlis dibuat di rumah my 2nd sister dan acara gotong royong dimulai jam 3 petang. menu seperti diputuskan mee kari, spageti paktam, stimbot, bread butter puding, koktail dan 2 biji kekbirthday red velvetl my SIL buat dan kek coklat tempah.
Seronok sangat dapat berkumpul semua adik beradik walau tak semua dapat berkumpul. Majlis dimulai dengan solat jemaah maghrib dan isyak, bacaan yassin, makan-makan, sambutan besday, Tayangan munfaik dan juga sesi cabutan lucy draw. Yang buat nak pecah perut bila nak dapat hadiah kena jawab soalan berkaitan dengan keluarga. memang riuh dan satu taman le dengar suara gelak tawa kami. Syukur dianugerahkan keluarga seperti ini..moha hati kami sentiasa bersatu, dikuatkan kasih sayang dan dijauhkan dari sifat-sifat yang tidak elok.