Assalamualiakum w.b.t
Lama rasanya blog ni bersawang after dok busy update sebelum ni. Banyak cerita nak stori but apa pun nak ucapkan Salam aidilfitri, Maaf zahir dan Batin.
Kita stori citer raya dulu la..Raya tahun ni raya di rumah ibu mertuaku dulu.Selasa malam dah start balik kampung but mcm biasa checkin rumah bondaku dulu. Disebabkan tahun ni ramai raya rumah mertua dulu..so after sahur terus tolong kemas rumah mak apa yang patut sebab my part memang bahagian kemas mengemas ni. Dah settle baru kemas dapur and pinggang mangkuk. Bila hubby dah bagi hint nak bertolak baru stop mengemas..Rasa nak patah pinggang.
Sampai Kuantan bergegas nak masak berbuka. Raya mcm x best sebab ramai tak balik and ramai yang balik raya pertama. So dengan cik hubby batuk tak sihat, aktiviti bersilat di dapur bermula tengahari. Dari merendang, ketupat, masak untuk bebruka dan akhir sekali melodeh..rasa nak patah pinggang. Pagi raya pun still melodeh sampai x sempat nak gi solat raya. Bila balik masjid baru sempat mandi dan melaram. Tak sempat bersalaman, tetamu kecik dah penuh beraya. Meriah sungguh beraya di felda ni.Tetamu tak putus2 dengan hari yang hangat sangat. Nasib baik pakai cotton x le terasa sangat.
Hari paling mencabar bila geng lelaki gi solat jumaat, tetiba rumput terbakar dan asap tebal keluar. Kami yang kaum perempuan ni menyinsing baju raya menjirus tempat terbakar yang semakin merebak..panikkkk!Nasib baik ada anak sedara lelaki baru sampai dia yang tolong padamkan. Kalau tak...tak tau laa.
ok jom tgk gambar. tahun ni memang daku jadi master chef..terduduk rasanya..;))
No comments:
Post a Comment