Friday, November 30, 2007

Bonda....


Salam....

Berlainan agama tetapi seibu dan sebapa...keluar dari rahim yang sama. Itulah bondaku tercinta bersama kakaknyer dan abang iparnyer yang berlainan agama. Gambar ini dirakam ketika kami sekeluarga melawat keluarga aunty pada Chinese New Year....kami 10 beradik serbu ke rumah cousin kami, Jenny...penuh rumah dengan kami anak beranak jer...pening gak ler uncle-uncle dan aunty nak bagi angpow...hee..hee

Ibu aku dilahirkan di Ketari, Bentong, Pahang dan kemudian datuk n nenekku menyerahkan ibuku kepada seorang bidan Melayu, Bah bt Itam. Walaupun diserahkan kepada keluarga melayu, namun ibu angkat mak ku sering membawa ibu pergi ke kedai cina dan sering diberi duit, coklat dan barangan lain. Pelik juga ibuku kerana baik betul ahpek tu....rupa-rupanya setelah dewasa Wan Bah memberitahu bahawa ahpek itu rupanya adalah ayah kandung ibuku. Ibu tidak pernah jumpa dengan ibu kandungnya. Walaupun berlainan agama, ibu dan adik beradiknya sering berhubung, malahan kami adik beradik juga sering berutus surat dan berhubungan dengan cousin-cousin kami. Abang ibuku sorang sudah berhijrah ke China dan mereka telah bertemu kira-kira 5 tahun lepas ketika abang kandung ibuku pulang ke Malaysia untuk menemui adik beradiknyer. Auntyku membawa abangnya datang ke rumah ibuku.hee..hee..kelakar pun ada sebab masing-masing tidak faham apa yang dibicarakan kerana uncle ku tidak pandai berbahasa Inggeris..hanya mandarin....ibuku pula tidak pandai berbahasa mandarin...so macam ayam dan itik ler jadinye.
Memang seronok ada suadara berlainan bangsa dan agama.....Perkahwinan anak saudara cinaku di ampang kira-kira 3 tahun lepas juga mengamit kenangan indah sebab dalam banyak-banyak tetamu yang hadir, hanya kami yang bertudung dan berlainan agama. Meja pula diletakkan dibahagian hadapan dan sentiasa dilayan mesra oleh keluarga pengantin mengundang pertanyaan di kalangan tetamu. Tetapi mereka dengan bangganya memperkenalkan kami kepada tetamu yang hadir sebagai cousin dan aunty mereka....mesti they all pelik....hee..hee
Walau apa pun, aku sangat menghargai dan gembira dengan ikatan kekeluargaan yang kami bina adik beradik. Terima kasih pada ibu dan arwah abahku atas didikannya kepada kami....Luv u mummy n daddy!

No comments: