Monday, July 21, 2008

mari makan...


Salam,

he.he...dah lama tak buat entry pasal masak-masak.So entry today pasal masakan ku@Welli..Actually dah lama aku mengidam nak makan kek, muffin, cheese cake(teringat kek secret recipe) but kat sini susah nak dapat and tak tau halal ke tidak. So ku pendamkan sahaja hasrat ku itu..cewah..but hati ni seperti meronta-ronta nak makan jugak kek. Kekadang tu time nak sangat ajak hubby gi makan kat Marakech cafe..makan choc cake. But rasa x puas ler and nak try buat jugak ler. Coz aku kat Malaysia memang bab memasak esp buat kek ni x berapa laju...ada angin rajin baru buat. So bgtau hubby hasrat murniku nak buat kek and muffin. Dia siap belikan cake mixer tu...but sampai la ni x buat2 pun. Alasan aku bahan-bahan x cukup, so last night pergi Pak n Save..aku belikan semua bahan-bahan but nak buatnya ntah bila.
Pagi tadi, dia kata petang ni dapat ler makan muffin untuk minum petang. Aku diam je...hee..hee.Then cakap" napa..abang nak belikan muffin ke?"...dia senyum je. Tau ler tu soh aku buat.

Keje banyak, reading lom buat, article belum baca but memnag hari ni rasa mal
as nak buat semua tuh.Siap basuh kain, pikir nak buat apa ek...haa..muffin!!terngiang2 kata huby ku nak makan muffin. So apa lagi bukak komputer cari resipi....terus buat. Senang je rupanya buat muffin ni..he..he. So x sampai sejam membuat semuanya akhirnya siap ler muffin aku ni. I'm proud of myself...1st time buat...rasa excited...puas...macam2 rasa ada..semangat dtg n cakap nanti kat Malaysia nak buat kek, muffin, puding(time ni je semangat datang).Tak tau ler muffin aku ni jadi ke tak..rasa bolehlah..rupa pun ada gaya muffin ok ler tuh..ha..haa.. Lagi satu tak sabar nak tengok muka hubby balik nanti tengok aku dah buatkan muffin untuk dia... Untuk semua pembaca blog..inilah hasil ku hari ni..dan buat para sahabat wellongtonian..InsyaAllah kalian akan merasa jugak muffinku ini satu hari nanti..he..he. Dan untuk diriku....bila nak study wei????

Cakap bab makan ni...haa..haa...semua orang bila tengok gambar aku now cakap aku dah tembam,,dah berisi!! Betul ke?? semalam call my mom in law cakap kitaorg berdua nak makin berisi, then got email from my bro..also said the same thing.Betoi ke dah berisi ni?? but memang makan now berpinggan2..he.he. Tu ler aku memang nak berisi sikit, dok bising kurus but bila org bgtau aku dah gemuk sikti..mula ler risau. Tu ler manusia yang x penah puas dan bersyukur dengan apa yang ada. But aku rasa dalam gambar je tuh coz pakai baju sejuk tebal2..tu nampak berisi ( nak sedapkan hati)..hee.he. so muffin ni x menggemukkan kan?? makan je ler...he.he.



5 comments:

Asiah said...

salam,
waa..cantik muffin tuh... nanti sy ke welli bole ler buat yea.. hehe

ueya said...

salam...

no problem. Bagitau je bila nak datang .But ni amatur chef ni..x berapa nak menjadi.he.he

mar!ahaf!z said...

salam cik baizura eh?
saya baru keje kat library sini..
kenal u dari staf2 kat sini..
salam perkenalan..

ueya said...

Salam Mrs Hafiz...x tau nama sapa..Maria ke coz email luvlyMaria? Tq for visiting my blog...singgah ler selalu.Tu ler dengar ramai officer baru masuk..InsyaAllah next year kita jumpa.Btw welcome to PTSL.

mar!ahaf!z said...

:) thank you. a'ah nama kita maria..
nx year ye balik?
ok.. nanti kita sgah slalu kat sini..
i heart NZ.. bila la dpt ke sana..
best fren maria ckp, NZ cantikkk sgt..