Sorry agak agresif mengupdate blog coz melepaskan tension baru hantar assignment. Actually ada lagi berderet menunggu but nak release jap. Esok pula meeting dgn supervisor...so lepas ni dah start lagi busyy. So ni cerita lama yangtertangguh.
Pada 30 Nov 2008. kami telah menjadi host bagi majlis farewell sahabat kami Mizi n Lia and adik Liya yang back to Malaysia for good after almost 2 years di bumi Welly. Mizi n Lia...hubby n wife yang buat Master kat sini...Aliya pula adalah anak kepada Kak Yan n Abg Lah..salah seorang pelajar phd di sini. But at that time, Kak Yah balik Malaysia sekejap coz ada urusan n Abg Lah dah mula bertugas kembali di tempat kerja beliau. Besides that, kami juga buat sambutan kepada kak azizah n family yang baru tiba di sini utk pengajian phd beliau. Kak Azizah ni dari UKM dari PPU. So ada le geng UKM di sini selain dari 2 org pensyarah FEP di sini. Rumah kami yang sekangkang kera telah berjaya dirennovate to make sure semua guest muat nanti. Maka kami telah bergotong royong mengemas rumah , pasang dinding, atap..etc..maka berjaya jugak kami membesarkan ruang rumah kami. hihi..Actually kami telah membuka ruamh bilik tido sebagai salah satu bilik makan esp utk kaum wanita...lega rasanya muat jugak rumah.
Semua para sahabat terlah bersatu tenaga menyumbang lauk-pauk, buah dan sebagainya untuk menjayakan majlis ni. tak lupa jugak pinggang mangkuk, periuk belanga. Tepat jam 4.30..para sahabat diketuai to penghulu saudara fairus, Mr supir Sam n Madi n Mr zaidi bertolak utk menyambut ketibaan tetamu di airport sementara kami di rumah membuat persiapan yang sepatutnya dan berbual2 sementara menantikan ketibaan tetamu yang diraikan.Dalam lebih kurang 5.40 gitu semua tetamu telah sampai begitu dengan tetamu jemputan. Maka majlis dimulakan dengan ucapan tuan rumah dan ucapan Tuan penghulu saudara Fairus. Then sesi memperkenalkan diri kepada sahabat baru dan juga ucapan perpisahan dari saudara Mizi n Lia. Suasana hening seketika bila saudara Mizi tidak dapat meneruskan ucapan tatkala teringat pelbagai kenangan pahit manis sepanjang 2 tahun di sini, dan ucapan di sambung oleh isteri beliau Lia. Memang kami pun agak sedih jugak...moga ikatan persahabatan ini berkekalan sehingga ke Malaysia. Adik Liya tak dpt berucap coz tiba agak lewat.
Seterusnya acara makan-makan. Juadah pada hati tersebut antaranya sup ekor, kari daging, roasted chicken,ikan goreng, pajeri nenas,acar timun, sambal belacan, ulaman dan pelbagai warna and jenis dessert..semuanya sedap2 belaka...Thanks pada semua... Majlis seperti ni amat bermakna bagi kami semua kerana dapat merapatkan silaturrahim dan hubungan bagi kami yang hidup di perantauan ini. lagipun masing2 busy dengan urusan masing-masing, so peluang berkumpul seperti ini dapat di manfaatkan utk bertanya kabar dan berkongsi pendapat or masalah masing-masing..
2 comments:
ueya...aku tau la hang tu ramping.. asal nak tulis pinggan mesti tulis pinggang...iskhh3...
haa.haa..akukan nak jadi orang ganu jap...hehe...mata hang sungguh tajam sekali ek..
Post a Comment