Tuesday, March 24, 2009

Al-Fatihah

Salam,

Today dapat berita sedih dari adik. Sepupuku meninggal dunia dan sorang lagi sedang nazak after koma 5 days. Sepupuku yang bernama Rahman telah kembali ke rahmatullah pagi tadi akibat sakit perut dan terus meninggal dunia. Al-Fatihah untuk beliau....umur baru 35 tahun.

Then, pagi tadi gak adik aku bgtau lagi sepupu perempuan ku Siti Aisyah pula nazak dan doktor kata tiada harapan untuk sembuh. Semua keluarga diminta berkumpul . Baru jap tadi dapat mesej tru YM mengatakan sepupuku yang lebih dikenali dengan panggilan "udang" telah kembali ke rahmatullah pada pukul 4pm waktu Malaysia akibat koma 5 days. Terkesima sekejap aku coz kehilangan 2 org sepupu dalam 1 day..bezanya cuma waktu..sorang pagi and sorang petang.

Al-Fatihah untuk kedua-dua sepupuku. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Sedih sangat rasanya kalau berlaku perkara seperti ini dan kita berada jauh di perantauan. Hanya doa mampu dikirimkan. Teringat pulak kenangan masa kecik2 dengan arwah..."udang". Kami panggil arwah udang coz beliau specialll..rambut perang macam minah salleh..bulu roma perang..kulit pun perang macam udnag kena bakar..sebab tu kami panggil udang..Sedih sangat rasanya bila mengingatkan kenangan2..then malam tadi pulak termimpikan dia...sob..sob.rupanya kami hanya sempat bertemu dalam mimpi....

Semoga Mak Long dan Mak ngah tabah menghadapi dugaan ini...kedua-duanya kehilangan anak pada hari yg sama..

Waktu kita ntah bila pulak agaknya. Moga kita semua akan menjadi manusia yang lebih dari sebelumnya...tingkatkan amal ibadat kerana DIA boleh mengambil kita bila-bila masa sahaja..

4 comments:

maskjask said...

ueya, sorry to hear that...baru jer cerita pasai cousin hang kan? takziah dari kami...

ueya said...

Tu le Mask..baru lg aku citer pasal dia kan..then aku mimpikan dia pulak..tu rasa sedih sangat tuhh

As@Aza said...

Innalillah...Takziah buat keluarga arwah....takutnya bila bayangkan ALLAH boleh ambil kita pada bila2 masa....muda lagi 2-2 sepupu ko tu zura kaann??? penyakit...ajal & maut tak kenal usia...

ko nak tau zura...Didi dapat minor stroke....sebelah badan dia hampir tak boleh gerak & kurang rasa apa2....dah nak masuk 1 bulan dapat MC...kener buat terapi...takut sgt aku dgr...muda2 lagi macam2 penyakit hinggap...berdoalah kita untuk kesihatan yg baik supaya dapat beramal ibadat sebaik mungkin....

ueya said...

Tu le As..takut aku dengar.Didi tu ada sakit jantung ke? mintak kita semua dijauhkan dari penyakit dan mala petaka...amin..