Saturday, January 23, 2010

Balik kampung

Salam,

Sebenarnya aku tengah menunggu saat2 nak balik Bentong ni. Actually patut balik malam tadi but due to 1 perkara, so terpaksa le balik today.Itupun after dah settle perkara tu. Memang mula2 merajuk jugak coz aku ni jenis kalau dah janji nak balik kampung, start dari Isnin tu aku dah mengira hari smpai ke Jumaat nak balik. So Jumaat tu will be the happiest day for me coz malamnya boleh balik kampung, x kira le balik bentong or kuantan coz x sabar nak bergelak ketawa dengan family.But bila janji tidak ditunai ada le sikit rasa keciwa. But malam tadi I managed to control my merajuk. Bukannya apa dah nak masuk 11 tahun kawin ni, kami dah ubah cara komunikasi. Dah banyak tolak ansur, bincang dan lebih terbuka.So hati dua-dua belah pihak tak sakit and aku rasa makin bahagia cozxde nak pendam perasaan. Bukan before ni x berkomunikasi but cuba perbaiki segala kelemahan diri.But aku ni memang dari kecik mak aku cakap ratu merajuk,,,hehehe...sampai ke besar tak hilang. Nasib baik dapat hubby penyabar.

So sementara tgh tunggu org tu dtg nak pasang benda tu, ni yg dok surf tenet ni. Dah plan dalam kepala nak gotong royong kemas rumah mak coz dah x lama adik nak kawin.Nak renovate bilik, then mak kata nak buat weeding kain baju kat rumah tu nak sedekah ke JKM. Ahad pulak nak ke Chenor kenduri kawin sepupu hubby. MIL and family dah pergi today and tido sana but aku rasanya esok baru pergi.Susah le nak tido rumah orang..kenduri pulak tu.So esok gi makan je le.Habis le diet hubby makan kenduri..dia tengah diet so aku pun terikut diet..;) Lepas zuhur ni kang bertolak, pastu hubby janji nak bawak makan nasi padang sambal ijau...sedap. Sempat gak nak bodek mak aku tu, cakap nak belikan mak nasi and sate padang coz faveret mak aku.Esok pulak dia nak bawak mak gi kenduri and before that nak singgah pasar minggu Temerloh. Bila mak dengar nak singgah , lagi le mak suka. Boleh dia shopping sayur-sayur kampung and ikan patin.Naik le saham hubby aku ni as menantu kesayangan....;). Rasa rindu kat nz,,tu yg letak foto tu..gambar baru semua dlm kamera. Tak dan nak transfer ke lappyku ni..


adios.


Dunedin

Milford Sound


Queenstown

No comments: