Cepatnya masa berlalu, diam tak diam dah masuk puasa hari ke-22. Rasanya belum cukup banyak amalan aku di bulan mulia ni. Ditambah pulak dugaan bulan puasa aku selalu tak sihat, if not sebab gastrik atau food poisining. Ni pun rasa tak berapa sihat coz rasanya sebab beli lauk semalam. memang we all jarang beli lauk kat luat but semalam terpaksa coz tak sempat. Semalam balik agak lewat sikit , so dah pesan kat hubby masak apa yang patut. Sampai rumah dalam jam 6.45 pm..terus solat asar. Bila masuk je rumah dah bau harum semerbak hubby masak. Rupanya dia masak nasi Arab coz wife dia ni asyik nak makan nasi beriani je..asyik sebut-sebut. So dek sayangkan isterinya ini maka dimasakkanlah nasi Arab. Memang superbbbbbbb! sedappp sangat. Memang pun hubby pandai masak ..sebut je dia boleh buat. Cuma kek je dia belum pernah try masak. So semalam sebab ada nasik je, maka cik hubby pergi le beli lauknya. Untuk aku ayam masak merah dan untuk dia beriyani kambing. Sejak dok makan kambing NZ ni dia memang gila makan kambing.;). So akibat dari makan ayam masak merah atau beriyani kambing le maka kami berdua sakit perut semalam. Sampai now perut aku masih memulas..Balik ni x tau nak berbuka apa dah. Rasa macam nak timbang berat badan but mengikut pandangan mata kasarku ini, berat ku telah turun kerana hilang semua sapre tyreku ini. Dan muka ku juga semakin tirus kurus. Sure kalau raya nanti jumpa kengkawan semua kata aku maintain kurus kering. nak buat camne, badan naik sikit2 je. Cik Hubby pulak semalam dia kata perut dia dah kempis...aku iyakan je but rasanya aku tgk sama je..hehe. Aduh..penatnya dan malasnya nak buat keje. Tak sabar nak balik kampung bersama ibu tersayangku. Nanti citer raya pulak ek..persiapan raya ..apa yang dah settle?
Gambar tak berkaitan puasa ek..ni semua gambar semasa wedding adik aku...storynya nanti yea!
No comments:
Post a Comment