Actually ni entri tertunggak tahun lepas but nak citer jugak pasal wedding my niece last year kat Bentong. Kak long ni anak saudara sulung kami, anak kakak nombor dua. So semua very excited kenduri dia ni.Tarikh nikah 11/11/2011 dan kenduri besar pada 12/11/2011. So semua adik beradik balik berkampung gotong royong apa yang patut walaupun kenduri kakak ni catering.
Majlis mula dengan majlis nikah pada petang jumaat, malam menitik inai, sabtu berzanji, khatam Quran dan cukur jambul anak buah kami Imran. Hari besar kenduri tu hujan lebat pulak but nasib baik menjelang tengahari hujan dah reda. Lauk on that day was kerbau gulai kawah, acar mentah, acar buah, daging masak itam,ayam masak merah, dalca, puyuh goreng, umbut masak lemak,sambal belimbing hitam, bauh anggur, nangka, cendol dan gerai coklat dan buah-buahan.
Pasangan pengantin datang dari Kedah.Orang yang datang punya le ramai sampai que panjang nak makan but nasib baik ada gerai cendol penyelamat.
Ok..jom tengok pics...























No comments:
Post a Comment