Rupanya dah berhabuk blogku ini. Tak perasan sangat lama tak update blog ni..dah bersawang dah. banyak citer yang ketinggalan but tak rajin menaip...so kita citer current story jelah yea.Terlebih dahulu nak ucapkan salam lebaran dan maaf zahir dan batin. Alhamdulillah , Allah masih panjangkan umurku untuk berjumpa ramadan dan Syawal tahun ni..mudahan usiaku dipanjangkan lagi untuk bertemu Ramadan seterusnya.
Tahun ni sambutan raya memang ala kadar...memang berjimat cermat. Baju raya pun ala kadar. Kuih pun tak banyak beli. Tahun ni giliran kami beraya di Bentong. Memula ingat nak tukar giliran since nak ke kelantan raya ke-4 sempena wedding anak buahku but plan x jadi coz nanti susah pulak nak susun semula giliran. Khamis tu dah half day..bertolak lepas terawih...sampai rumah mak dalam kul 1 pagi. jem sikit. But esoknya dah jem depan rumah mak sampai ke esok harinya memandangkan depan rumah mak jalan utama nak ke kelantan dan pantai Timur.
Aku n mak pepagi dah ke pasar membeli apa yang patut takut sabtu jem teruk tak lepas ke pasar. Semua dah beli kecuali santan dah booking awal2 takut jadi macam tahun lepas habis semua. Terpaksa mesin kelapa and perah sendiri.Tahun ni menu cam biasa lemang, rendang, ansi impit, roti jala, kari ayam and nasi minyak made by my hubby.
Tema tahun ni memula hubby nak hijau...i hate green..memang bila pakai rasa x cantik...but luckily hijau olive yg hubby nak takde..so tukar ke merah bata..baju pun simple takde le glamer mcm org lain...very simple. Petang raya dah balik rumah mertua coz raya ke-3 dah kena balik ke bentong nak gi kelate. apa pun raya tahun ni puas sikit coz banyak beraya rumah sedara mara sebelah hubby.
ok jom tengok gambar raya..
















No comments:
Post a Comment