Sunday, February 15, 2009

Cantikkk...

Salam,

Ni ada sikit masa dan mood nak update blog. Lately malas sangat nak update blog. Bukan apa feel guilty je kalau bukak blog ke, FB ke coz kerja banyak...rasa wasting time je. But nak jugak write something coz blog ni le tempat mencurahkan perasaan, berkongsi perasaan, pengalaman and off course nak release tension. So ni nak update cerita lama..cerita percutian kami ke Masterton. Since hubby cuti coz public holiday and ueya pun free jugak even keje lom siap. But nak jalan and nak release tension ikut gak plan hubby ke Castle Point, Masterton. Tak ramai ahli rombongan kami coz masing-masing ada hal . Jadi hanya kami 3 family with my 2 "anak angkat" yang pergi.


Perjalanan ambik masa 3 jam but on the way kami singgah di Stonehenge, Carterton. Ingatkan stonehenge kat UK je but kat NZ pun ada. Kat sini tempat untuk ahli astronomi buat kajian le. But masa kami masuk kat area situ memang rasa lain le..kami bercakap pun rasa berdengung. Nak masuk kena bayar 5 dollar..but ada ahli rombongan yang tak masuk and just bergambar di sipi2 stonehenge. Kami ni pulak pikir alang-alang dah sampai baik masuk . Lagi satu reason sebab ueya nak posing ler..hehe. Pemandangan di sekeliling stonehenge lak memnag cantik..dikelilingi gunung ganang..dengan langit membiru...cantik sgt. After puas posing, kami singgah lunch di tepi sungai apa x tau le..semua mengeluarkan bekalan masing-masing..ada sambal belacan, nasi lemak, nasi daging..nasi ayam..etc..hebat. kami semua parking kereta di tepi sungai..dipenuhi dengan batu-batuan. Masa nak balik tu..ntah macamana hati tu dah rasa lain macam..kang letak kete ni coz tgk gaya pemandunya lain macam je. Tiba2 kete tak jalan and bantu banyak melantun2.sah..tayar lekat...makin ditekan minyak makin banyak batu yang berterbangan. Nanti habis pulak kete ni..atas semangat muafakatan dan kerjasama ahli rombongan, kereta kami berjaya diselamatkan.Kalau tak alamat x lepas le ke castel point. tak sempat pulak nak ambik gambar dlm kalut2 tuh.
Lokasi tempat kejadian

Seterusnya kami ke kilang paua.paua ni merupakan jenis hidupan laut yang dikomersialkan untuk dibuat aksesori...so apa lagi kami kaum wanita ni jadi gelap mata sekejap dek panahan bermacam aksesori.Ada jugak le memborong sikit2 but kerana budget tak menggalakkan mata xde le shopping byk. Ingat nanti nak shopping lagi sekali before balik.

After habis shopping kami bergegas ke masterton coz kena checkin dalam jam 3-4 ptg. After meredah gunung ganang maka kami sampai le ke Castle point ni. Stay dalam bunk house yang sgt besar hingga membolehkan kanak-kanak, para ibu dan bapa berlari berkejaran. Dapur pulak tersangat luas hingga seperti rasa macam kantin..hehe..malah ada yang dah dapat gelaran makcik kantin. dari rumah dah nampak ligh house tu melambai-lambai. So ptg after rehat2 kami memulakan pendakian ke atas light house tu. Subhanallah..cantik sgt pemandangan dari atas tu but angin yang sooo windy and soooo sejuk membataskan aksi kami..malah tudung pun habis herot-petot...But memang cantik sangattttt! Para hubby pulak mengisi masa dengan aktivit fishing...hasilnya memang lumayan..so mlm tu kami BBQ dengan ikan, ayam and lamb..sate pun ada..

Pemandangan dari rumah rehat kami


Kami jugak sempat berjumpa dengan seal..pemburuan berhasil. But takpe le even seekor pun yang ada at least dapat jugal tengok live. We all terpaksa meredah lautan and batuan untuk sampai ke tempat seal ni. Ahli rombongan yang lain x ikut sama coz susah dengan anak-anak and kawasan x sesuai untuk kids. jadi hanya kami yang single mingle je le yang gi. Sampai je dia tengah sedap tido.Ueya tak puas hati..last2 kami kejutkan dia dengan pelbagai cara..hehe...akgirnya dia bangun..bila dia bangun kami yang gabra takut kena kejar. Tu yang ueya gambar kontrol macho je tuh. But apa pun puas hati le dpt tengok...


Ni pulak gambar-gambar yang sempat disnap on d way back ke Welly. tengok je scenery yang cantik terus suruh hubby stop nak ambik gambar. Nampat tak dalam gambar tu deretan putih2 kecik..tu le kambing biri-biri baru keluar kandang..hehe..sapa tak nampak tu alamat nak...heheh...alamat nak makan kambing ler tuh.;) Sapa-sapa yang ikut kami nasib le yea coz kami ni memang suka gambar..sayang nak lepaskan peluang ambik gambar cantik2 camni..lepas ni dah takde peluang dah...

No comments: