Salam,
Semalam 22/2/2009 genap le setahun kami berada di bumi New Zealand ni. Diam-diam x diam dah setahun berlalu...tak sedar rasanya. Setahun yang lalu pada hari Jumaat jam 9.15 malam berangkat le kami ke bumi NZ.Ingat lagi sejak Khamis tu family mentua dah sampai di rumah kami di Cheras. But rasa bersalah pulak bila diingatkan kembali coz kami tak sempat nak melayan they all..sampaikan masak memasak pun mak and kakak/adik ipar yang buat. At that time we was very busy packing brg2 nak bawak.Maklum le dah dok lama...then brg nak bawak lak terhad. Ingat lagi sepupu aku dtg rumah petang Jumaat tu..aku bwk dia amsuk bilik aku..hahah..mula le dia nak membebel tgk bilik aku yang bersepah..brg2 lom packing. but thanks to her..atas nasihat dia yg dah penah gi NZ ni dapat le aku jadikan panduan masa nak dtg sini. Memula masa packing tu semua benda aku nak angkut, rice cooker, iron,segala mak nenek le..but bila beg makin x leh tutup...so kena repacking balik.At last kami x bawak pun brg2 elektrik..decide nak beli kat NZ je. So beg kami just 2 beg..satu penuh ngan kain baju and satu lagi penuh dengan makanan. Then hari tu jugak aku dikunjungi oleh bos aku yg datang ke rumah. TQ so much...cik RY and Cik M and M dari HUKM.lepas jugak diaorg ke teratak buruk aku. Banyak le kata2 nasihat ynag they all berikan.
Then lepas asar pulak family aku dr Btg sampai..rasa berdebar-debar pun ada coz macam x percaya je.Ye ler mana ada dalam family aku yang lepas study oversea, semuanya study local Uni je kecuali adik n anak buah le yang lepas study ke Mesir. Ingat lagi masa kat KLIA tu penuh ngan family aku. Maklum le adik beradik 10 orang plus anak buah plus family mentua. Sampai ada uncle tu siap tanya adik aku nak pi mana and cakap ramai orang hantar. But aku dah nekad x mo nangis2..memang tahan perasaan. Masa salam and cium abang, kakak and anak buah semua aku still boleh tahan lagi, senyum and gurau. But masa salam and peluk mak tu memang nak nangis sgt but aku kontrol. Aku nak tengok mak senyum je. But mak memang kuat.Dia tak nangis pun malah peluk and cium aku and nasihat macam2. Adik2 ipar and mentua memang nangis habis...sedih sangat. But masa dalam flight, masa lampu tutup memang tak dapat nak tahan..memang nangis sakan..baru terasa sedih. But takpe...InsyaAllah dah tak lama dah nak balik.
Teringat jugak kenangan masa baru sampai nak cari rumah sewa..seksa sangat. rasa giveup pun ada but berkat kesabaran and pertolongan rakan-rakan di sini, Alhamdulillah setelah bersusah payah akhirnya rumah ke-7 yang kami pergi baru dapat sewa. Yang lain semuanya tak dapat.Cabaran demi cabaran kami hadapi but Alhamdulillah itu semua mematangkan kami. Teringat kenangan pertama kali berjumpa sahabat di sini di rumah Nita n Sf..di sini kali pertama berjumpa Deb, Lia, Fatma,Ct, Yani, Mask. Sedapnya masa ni dapat makan nasi lauk ayam..TQ so much.
Cabaran seterusnya adalah cabaran aku mengharungi pembelajaran. Ingat lagi masa 1st time sampai school x tau nak pi mana but org kata malu bertanya sesat jalan. So tq so much to Lorrie yang banyak membantu aku kat sini..baik sgt dia. Then masuk kelas 1st time..haha..terperanjat tgk kelas cam kelas makmal sains sekolah menengah..hehe. pastu nganga pulak dengar lecture...tak paham apa dia cakap.Lecturer cakap laju and slang dia kekdg x faham. slangnya kalau e bunyinya jadi i..contoh seven...but sebutannya sivin. So memula tu dok puzzle le apa benda dia cakap but now dah boleh catchup le. But yang paling pressure bila buat assignment sampai rasa giveup coz banyak sangat. Kalau aku terrer berhabuk english no hal but ni pun merangkak camno? so dalam kelas kena alwayz get ready dgn reading notes...kalau sapa x baca, kena tanya jawabnya nganga le. So dengan assignment, test, weekly exercise ...sampai aku rasa nak balik and x nak belajar. tension sgttt! But Alhamdulillah dah setahun kat sini...tak sedar yang aku dah berjaya harungi semuanya..Alhamdulillah syukur. Walaupun result takde le cemerlang and terbilang, but lulus semua pun aku dah syukur sangat. Kawan-kawan pun ok kat sini but aku selalu x dapat join gathering they all buat coz selalu buat kat bar le..kedai x halal le..so aku selalu berkumpul dengan they all dlm computer lab or postgrad room. Lecturer sini pulak sangatle baik and very helpful. Kdg2 jumpa they all tanya pasal assignment or test..bila habis discuss..sure they all akan tanya ada masalah yg they all boleh tlg. memang x takut le nak jumpa they all ni..
Setahun jugak aku dah merasai kesejukan angin di sini. Bukan saje sejuk but very windy. Sempat juga aku merasai 4 musim di sini. Dah tak sanggup nak merasai winter di sini...seksa rasanya. InsyaAllah winter nanti aku akan berada di tanahairku dibasahi peluh pulak..hehe. Setahun di sini..banyak mengajarku erti kehidupan dan cabaran..kenangan manis bersama sahabat Welly...suka duka bersama...semoga Allah permudahkan segala urusanku disini...amin..
4 comments:
huhuhuuuu... hang dah nak balik!! manakala kami ini masih lagi kena mengharungi kedinginan winter dan berhari raya tanpa family...Ya Allah kuatkan semangat ku..huhuhuuuu
Takpe mask..tak lama...kejap je nanti hang rasa. lagipun bila lg nak rasa pengalaman gitu..so now le hang kena hayati sungguh winter n raya di perantauan..
setahun sudah berlalu? macam lirik lagu Alleycats aje..
setahun sudah berlalu
februari muncul kembali
dengan kehangatan semalam...hehe
pengalaman mengharung hidup di negara orang adalah satu pengalaman yang paling berharga dan takkan mudah untuk dilupakan...aku ni walau dah masuk 4 tahun benda tu berlalu masih terasa kesejukan winter...masih terasa nervous nya aku ni bila 1st time nak pi school & mengadap muka2 asing tu...tapi tu semua kenangan yg plg manis bila dah balik m'sia ni :)
weeiii...aku pun dulu selalu tak pernah dapat join activity budak2 class buat...diorang memang buat kat bar or club pun...so..melepas leerrr :(
anyway...sementara masih di sana....have a very good moment... :)
Post a Comment